Monday, 21 March 2016

Program Herbaku Sayang

Pada hari Khamis 10 Mac 2016 yang lalu, telah diadakan Program Herbaku Sayang di mana guru-guru perlu menyediakan pokok herba masing-masing bagi dijadikan tumbuhan angkat yang bakal menghiasi taman herba yang baru dibina. Program ini telah dianjurkan oleh Panitia RBT dan Sains. Program ini sedikit sebanyak merapatkan ukhwah antara staf kerana melibatkan semua guru dan staf SRIES. Murid-murid turut sama membantu guru dalam menjayakan program ini. Antara jenis tanaman yang ditanam antaranya ialah pudina, cili, terung, pandan, serai wangi, halia, aloe vera, belalai gajah, ulam beluntas dan banyak lagi. Herba-herba yang ditanam ini bolehlah digunakan pada masa akan datang dan dapat digunakan untuk rawatan alternatif atau dalam masakan kelak.

Kepuasan jelas terpancar setelah selesai bercucuk tanam

Cikgu Atikah dan Cikgu Aishah disamping herba tersayang

Cikgu Syamsul menyediakan campuran tanah dan baja

Cikgu Noreha dengan dua jenis herbanya

Antara jenis-jenis herba yang telah ditanam

0 comments :

Post a Comment