Thursday, 3 March 2016

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-47 MSSDK 2016

Pada 1 Mac 2016 sehingga 3 Mac 2016, SRIES telah menyertai Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-47 MSSDK 2016 yang diadakan di Kolej Vokasional Kerian. Peserta dari SRIES telah terlibat dalam pelbagai acara termasuklah 100m, 200m, lontar peluru dan lompat jauh. 

Walaupun tidak berjaya merangkul sebarang pingat dalam pertandingan ini, SRIES telah memberi saingan sengit dengan layak ke separuh akhir dalam acara lontar peluru. Lontaran 5.1 meter menempatkan Siti Syafiyyah Adilah binti Ismail di tempat ke-8 daripada 28 peserta yang bertanding dalam acara lontar peluru Perempuan bawah 11 tahun. Sementara itu bagi acara larian 100m, Amjad Farooqee bin S.Ridduan berjaya layak ke separuh akhir dengan tempat kedua di peringkat saringan.

 Semoga SRIES dapat meraih kejayaan yang lebih gemilang dalam bidang olahraga pada masa akan datang.

Ain Adha dalam acara lompat jauh dengan catatan lompatan 2.89 meter

Amjad Faroqee dalam acara larian 200 m lelaki bawah 11 tahun

Ain Adha dalam acara larian 200 m perempuan bawah 12 tahun

Siti Syafiyyah Adilah binti Ismail di kelompok 8 terbaik dalam acara lontar peluru

0 comments :

Post a Comment