Saturday, 20 February 2016

Mesyuarat PIBG kali ke-7 2016

Pada hari Sabtu 20 Februari 2016, telah berlangsungnya Mesyuarat PIBG kali ke-7 di Dewan Utama SRIES. Ia telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Jihbadz Mukhlis bin Mokhtar Ghazali, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah merangkap Pengerusi Yayasan Al-Ehya Asshariff.
Mesyuarat bermula
Ucapan YDP PIBG - En Zaidie Chee Din

Ucapan Guru Besar SRIES - Pn. Suzaina Mohamad

Perasmi Mesyuarat PIBG kali ke 7 - Ustaz Jihbadz Mukhlis bin Mokhtar Ghazali

Pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 pagi di mana kehadiran ibu bapa dilihat semakin bertambah berbanding tahun sebelumnya. Setelah itu, para ibubapa disajikan dengan persembahan Nasyid Mursyidul Haq.

Sebilangan ibubapa yang hadir dalam mesyuarat kali ini


Mesyuarat telah bermula kira-kira pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Banyak isu dan usul yang telah diutarakan oleh ibu bapa dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengurusan dan kemajuan sekolah selain cadangan-cadangan baru yang dapat dimanfaatkan bersama.

0 comments :

Post a Comment