Saturday, 6 February 2016

Lawatan Penanda Aras di SK Bertam Indah

Sabtu 6 Februari 2016, Kelab Guru SRIES telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras di SK Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Semua guru dan staf terlibat dalam lawatan tersebut. Perjalanan ke sana bermula seawal jam 7.00 pagi dan tiba di SK Bertam Indah pada jam 9.10 pagi. Ketibaaan pendidik dan staf SRIES disambut meriah oleh pihak pentadbir SKBI.

 Sarapan beramai-ramai di Hentian Juru

 Sesi taklimat oleh Guru Besar SKBI, En. Ismail bin Awang

Antara pengisian lawatan ini adalah sesi penggambaran bersama pihak pentadbir SKBI. Setelah itu, diadakan sesi taklimat suai kenal oleh Guru Besar SKBI, En. Ismail bin Awang dan GPK Pentadbiran En. Mohd Kamal bin Mohd Nor. Pelbagai resepi kejayaan sekolah yang turut dikongsi sepanjang taklimat tersebut. Guru-guru SRIES juga mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan kaedah yang dipraktikkan di SKBI. Selesai taklimat, mereka dijemput makan tengah hari di bilik jamuan. Selepas itu, guru-guru dan staf dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah bagi meninjau kemudahan prasarana yang ada. Lawatan tersebut telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan penyampaian cenderamata dari pihak SKBI dan SRIES.

 Guru Kaunseling SRIES, Ustaz Abdullah rancak berbual
bersama Guru Kaunseling SKBI, Pn. Nasirah Binti Mat Saad

Penyampaian cenderamata kenangan

Diharap lawatan penanda aras yang diadakan ini sedikit sebanyak dapat mencetuskan idea baru serta mewujudkan tatakerja yang lebih efisyen dalam meningkatkan prestasi SRIES di masa akan datang.

0 comments :

Post a Comment