Saturday, 6 February 2016

Kem Bestari Solat

Jumaat 22 Januari 2016 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam SRIES telah menganjurkan program Kem Bestari Solat bagi murid-murid tahap satu. Kem Bestari Solat ini amatlah penting untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana ia merupakan salah satu program j-QAF yang telah diperkenalkan oleh kerajaan demi untuk memartabatkan agama pelajar yang beragama Islam mampu menunai dan melaksanakan solat dengan cara yang betul dan sempurna. Sehubungan itu, program ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat serta matlamat kerajaan dalam pelaksanaan program j-QAF di peringkat sekolah rendah. Sekaligus, dapat melahirkan pelajar-pelajar yang beriman dan bertakwa kepada Allah

Sebahagian peserta KBS

Ustaz Syed menyampaikan ceramah mengenai cara solat yang sempurna

Murid-murid yang bersemangat mengikuti Program KBS

Murid turut diajar cara berwuduk yang betul



0 comments :

Post a Comment