Wednesday, 6 January 2016

2016 - Lembaran Baru Bermula!

Pada 3 Januari 2016 telah diadakan Hari Pendaftaran bagi semua murid untuk persekolahan sesi 2016. Sesi pendaftaran tersebut dimulakan dengan taklimat pada jam 8.00 pagi. Taklimat telah disampaikan oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan dengan peraturan serta maklumat berkenaan hari pertama persekolahan.

Pendaftaran bagi murid-murid tahun 1 juga turut diadakan. Ini melibatkan serahan buku teks dan pembelian kelengkapan sekolah yang lain. Rata-rata ibu bapa berasa cukup teruja dengan menaruh harapan tinggi terhadap anak mereka bagi sesi persekolahan 2016 yang bakal anak mereka tempuhi kelak.





Kaunter pendaftaran Tahun 2

 
Kaunter pendaftaran Tahun 5

0 comments :

Post a Comment