Thursday, 12 November 2015

Perkhemahan SRIES di Sri Cempaka, Sungai Sempeneh

Perkhemahan SRIES telah diadakan di Sri Cempaka Chalet, Sungai Sempeneh, Batu Kurau melibatkan seramai 30 orang murid dari kalangan tahun 4,5 dan 6.  Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 6 hingga 8 November 2015. Ia merupakan program yang diadakan pada hujung tahun bagi mendedahkan murid-murid tentang ikhtiar hidup, merasai kehijauan alam sekitar ciptaan Allah SWT dan belajar hidup berdikari. Murid-murid bertolak dari sekolah pada hari Jumaat jam 3.00 petang . Setibanya disana, peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Murid juga diminta untuk mendirikan khemah dan telah diajar bentuk-bentuk ikatan yang mudah seperti bunga geti, simpul manuk dan ikatan nelayan.

Guru-guru menyediakan BBQ di malam pertama perkhemahan

Hari kedua pula murid-murid dibawa merentasi hutan belantara dalam aktiviti 'Jungle Trekking' sejauh hampir 10 km. Di sebelah petangnya pula diadakan aktivit membina gajet menggunakan buluh. Walaupun hujan, kebanyakan aktiviti telah dilaksanakan di bawah teduhan dewan yang disediakan pihak chalet.
 Inilah barisan kita...

Perjalanan peringkat awal

Bergambar sebelum meredah sungai

 Kayu digunakan untuk meredah sungai yang deras

Cikgu Syamsul dan Cikgu Farizal masih tak puas bermain air

Akhirnya.... sampai di puncak!

Saat menuruni bukit

Hari ketiga merupakan hari terakhir dimana majlis penutup yang dirasmikan oleh Pn. Suzaina, Guru Besar SRIES. Setelah itu, murid mempersiapkan diri dan peralatan untuk pulang ke rumah masing-masing. Program berakhir pada hari Ahad, jam 12.00 tengah hari. Program seperti ini diharap dapat menyuntik semangat kerjasama dan menambah kemahiran murid untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Walaupun letih berjalan, kami tetap gembira

Sesi membina gajet dalam kumpulan

0 comments :

Post a Comment