Thursday, 12 November 2015

Gotong-Royong Perdana bersama Ibu Bapa

Jumaat - 30 Oktober 2015, bertempat di SRIES telah diadakan Program Gotong-Royong bersama Ibu Bapa. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menceriakan kawasan sekolah, mengecat pagar, menanam pokok bunga dan memasak bubur Assyura sempena Maal Hijrah. Rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan program ini dan diharapkan agar ianya diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan muird-murid, ibu bapa penjaga dan pihak sekolah.
Menanam pokok bunga di blok baru 
Kacau, jangan tak kacau

 Agihan bubur assyura kepada tetamu yang hadir

 Penolong Kanan, Pn. Faridah turut sama membantu

 Leka bergambar jangan lupa parit ditepian

 Ust. Syed menunjukkan skil mengecatnya

 Kemeriahan gotong-royong SRIES!
 Berat mata memandang, berat lagi yang mengangkat

PK Hem, Pn. Salwa cukup berpengalaman mengendalikan tumbuhan hiasan

0 comments :

Post a Comment