Friday, 9 October 2015

SRIES Banjir Lagi

Jumaat, 9 Oktober 2015. Hujan lebat tanpa henti sepanjang hari mengakibatkan air melimpahi kawasan SRIES yang lebih rendah. Bahagian yang terjejas ialah bilik guru, kantin sekolah, hadapan prasekolah dan sekitar koridor. Banjir ini juga dikhuatiri boleh mengakibatkan kerosakan perabot sekolah. Diharap pihak berwajib di kawasan Gunung Semanggol dapat mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah yang kerap kali berlaku ini di masa akan datang.

Kawasan yang terjejas teruk.

Limpahan air yang masuk ke bilik guru.

0 comments :

Post a Comment