Friday, 16 October 2015

Hari Keusahawanan SRIES Meriah

Tanggal 16 Okt 2015, buat julung kalinya, Hari Keusahawanan SRIES telah diadakan bagi memupuk semangat keusahawan dikalangan murid-murid. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan telah di mulai dengan ceramah dan pameran bertajuk Kesalahan Juvana oleh pihak polis cawangan Bagan Serai. Gerai jualan telah dibuka pada jam 9.00 pagi. Aneka juadah telah disediakan oleh pelbagai pihak bagi menyokong program ini.  Setiap gerai jualan dikendalikan oleh murid-murid tahun 6 yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh murid-murid ini dalam menguruskan hasil jualan amat memberangsangkan. Terdapat juga 'Photo Booth' dan tayangan filem animasi bagi memeriahkan lagi program ni.

Sebahagian murid tahun 6 yang mengusahakan gerai jualan mereka.

Guru-guru bergambar dengan pihak polis yang memberikan ceramah.

Photo booth En.Syamsul mendapat sambutan yang menggalakkan.

Keriangan jelas terpancar sebelum tayangan bermula.

0 comments :

Post a Comment