Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2015

Semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid SRIES ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

Exam Fever

Semoga berjaya kepada semua calon SRIES yang menduduki peperiksaan UPSR,UPKK,SRAI dan Peperiksaan Akhir Tahun 2016

Hari Guru SRIES 2015

Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak

Saturday, 27 August 2016

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin

Jumaat, 26 Ogos 2016 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin bersama Ibu Bapa bertempat di Mimbar Taujihad SRIES. Ini adalah salah satu ikhtiar untuk kejayaan murid-murid tahun 5 dan 6 dalam periksaan UPSR, SPI, SRAI dan UPKK yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi. Majlis ini bermula pada jam 7.00 petang hingga ke jam 9.00 malam. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Zaidie bin Che Din, YDP PIBG SRI Al-Ehya Asshariff dan semua ibu bapa penjaga murid-murid tahun 6.

Antara pengisian yang dijalankan ialah Solat Maghrib, Solat Hajat serta Solat Isyak berjemaah dan Majlis Bacaan Yasin. Semoga anak-anak tahun 5 dan 6 ini akan berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar impian mereka untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal duduki.
Banner Majlis

Murid tahun 6 mengambil kehadiran tetamu

Ust. Abdullah mengetuai bacaan yasin

Pengerusi majlis- Cikgu Hafiz

Amanat Pn. Suzaina binti Mohamad, Guru Besar SRIES

Tetamu yang hadir pada malam tersebut

Ucapan YDP PIBG En. Zaidie bin Che Din

Penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat, En. Zaidie bin Che Din

Lawatan Sambil Belajar ke ADTEC Taiping

Pada 18 Ogos 2016 yang lalu, telah diadakan lawatan murid-murid tahun 6 ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping, Perak. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 2.00 petang. Turut sama dalam lawatan ini ialah 7 orang guru pengiring yang mengajar di tahun 6. 

Sesi penggambaran sebelum mula berjalan
Taklimat di perpustakaan
Murid-murid dan guru mendengar taklimat yang disampaikan

Lawatan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang alam pendidikan yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang. Selain itu, ia sedikit sebanyak menjadi perangsang dan batu loncatan murid untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi.

En. Omar memberi penerangan di Clean Room
Bersama Pn. Rosnani selaku Ketua Jabatan Bahagian Teknologi Komputer
Pelajar ADTEC turut sama menunjukkan cara penghasilan produk di Jabatan Bahan Termaju

Terdapat pelbagai jabatan yang telah mereka lawati antaranya Jabatan Mekanikal, Jabatan Bahan Termaju dan Jabatan Elektronik. Setiap jabatan mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri dan ini memberi pengalaman baru buat murid-murid tahun 6 khasnya. Lawatan tersebut berakhir kira-kira pada jam 5.00 petang.
Guru-guru sempat posing sebelum balik
Murid-murid pun sama tak melepaskan peluang

Friday, 26 August 2016

Program Guru Penyayang

Pada setiap pagi, guru bertugas dan pentadbir akan menyambut kedatangan murid di pintu pagar SRIES.




Friday, 1 July 2016

Kem Score A di APBM, Batu Gajah

Pada 24 -26 Jun 2016, pihak Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JPN Perak telah menganjurkan Kem Score A yang telah berlangsung di Akedemi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak. Program 3hari 2 malam pada bulan Ramadhan ini melibatkan semua pelajar tahun 6 dari SRIES dan SRA Ar-Ridwaniah, Bagan Serai.

Ia merupakan program yang diadakan setiap tahun bagi meningkatkan motivasi murid bagi menempuh peperiksaan UPSR yang bakal mereka tempuhi. Peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan tahap yang berbeza bagi memudahkan aktiviti secara kumpulan dijalankan. 

Bengkel bagi setiap slot diisi oleh guru-guru cemerlang, SISC+ dan jurulatih di sekitar Perak yang dipilih oleh pihak BPI. Mereka telah memberi ceramah tentang setiap subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru-guru tahun 6 dari setiap sekolah juga turut meluangkan masa bersama anak-anak murid mereka dalam program ini. Walaupun program ini diadakan dalam bulan Ramadan, murid-murid dilihat bersemangat sepanjang hari. Semoga UPSR tahun 2016 akan membuahkan hasil atas usaha yang telah dilaksanakan pihak BPI ini.

Check in ke bilik masing-masing

Matematik - Kumpulan 3

B.Melayu - Kumpulan 1

B.Melayu - Kumpulan 1

B.Melayu - Kumpulan 3

Gelagat peserta semasa bersahur

Guru-guru tahun 6 turut sama mengikuti bengkel

Sesi memberi komen

Kerja kumpulan

Latihan dalam kumpulan



Saturday, 7 May 2016

Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Daerah Kerian 2016

Pada 27 April yang lalu, telah berlangsungnya Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kerian 2016 bagi kategori tahap 1 dan 2. Sebanyak 64 buah sekolah di Daerah Kerian yang menyertai pertandingan ini. Mereka telah dipecahkan kepada 8 kumpulan untuk peringkat kumpulan. Johan dan naib johan setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

Pendaftaran hakim dan peserta bermula seawal 8.00 pagi di mana peserta perlu mencabut undi terlebih dahulu bagi menentukan kumpulan mereka. Pertandingan peringkat kumpulan dimulakan sekitar jam 9.00 pagi dan pertandingan akhir pada jam 12.00 tengahari. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili Daerah Kerian ke Peringkat Negeri Perak.

Peringkat Akhir Tahap 2





Pertandingan Bercerita Tahap 1



Tahniah Cikgu Zamri dan Izlinda, Johan Peringkat Kumpulan


Hakim Pertandingan Peringkat Akhir - Tahap 2


Saturday, 16 April 2016

Festival Nasyid dan Khatib Cilik sempena Sambutan 82 Tahun Al-Ehya Asshariff

Pada 15 April 2016 (Jumaat) yang lalu telah diadakan Festival Nasyid dan Khatib Cilik sempena Sambutan 82 Tahun Al-Ehya Asshariff. Sebanyak 7 buah sekolah yang menyertai Khatib Cilik manakala 5 buah sekolah yang telah menyertai Festival Nasyid.

Keputusan Festival Nasyid Sekolah Rendah:
Ketiga: SRIES
Kedua:  SK Sultan Idris II
Johan: SK Raja Muda Musa

Lirik terbaik
SRIES

Solo Terbaik
SK Sultan Idris II

Persembahan Terbaik
SK Raja Muda Musa

Keputusan Khatib Cilik:

Saguhati
SRIES
SK Matang Gerdu
SK Teluk Medan
SK Alor Pongsu

Ketiga: SK Raja Muda Musa
Kedua:  SK Sungai Burung
Johan: SK Sultan Idris II

Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang!






Kem Membaca 1 Malaysia

Selasa 5 April 2016, telah diadakan Program Kem Membaca 1 Malaysia bagi tahun 2016. Ia telah dirasmikan oleh Pn. Siti Faridah Abd Hamid, PK1 SRI Al-Ehya Asshariff. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya One Read Nation Together, Kahoot Attack, Ku Renung Ku Relung, Pertandingan Bijak Jawi dan Perpustakaan Bergerak.


One Read Nation Together

Gimik perasmian, menyapu cat pada lilin
Bijak Jawi

Kahoot Attack!
Ku Renung, Ku Relung

Kehadiran Perpustakaan Bergerak ke SRIES